Cadangan Solusi Kepada Cabaran

Isu Jurutera Muda Miskin

INI ADALAH CADANGAN YANG TELAH DIBENTANGKAN SEMASA program siri Activate Café anjuran Kluster Kejuruteraan JPro (KKj), Jabatan Profesional Muda (JPro) Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) berkaitan dengan isu dan cabaran semasa kerjaya jurutera di Malaysia pada hari ini.

Berdasarkan status semasa isu cabaran dan masalah gaji rendah yang masih lagi berterusan sehingga kini kepada golongan jurutera muda, apakah kaedah yang paling berkesan yang perlu diusahakan bersama untuk mencari penyelesaian terbaik kepada masalah kebajikan gaji jurutera muda ini?


Berkaitan dengan cadangan kaedah yang perlu kita sama-sama ambik, penerangan saya akan dibahagikan kepada TIGA BAHAGIAN

Bahagian yang pertama adalah

  • Mengukuhkan collaborasi sesame NGO kejuruteraaan dan teknologi untuk kita sama-sama terus menghidupkan isu ini, sama-sama kita terus bercakap dan mengadakan program-program sehingga isu ini menjadi - Perkukuhkan Gabungan NGO2 engineering & technology. Itu yang pertama dan yang paling penting sekali sekarang, barisan kepimpinan kita perlu digabungkan

  • Sebelum ini MAE telah berusaha untuk mengumpulkan senarai 42 lebih senarai persatuan NGO2 kejuruteran dan teknologi di Malaysia dan kita perlu terus berusaha untuk merapatkan saf kepimpinan NGO2 ini supaya kita dapat menunjukkan kekuatan kita yang sebenar dalam memperjuangkan isu jurutera muda miskin ini,

  • Kita perlu terus bersuara dalam Parlimen dan terus mengadakan program untuk terus menghidupkan isu ini, tingkatkan Kesedaran di kalangan Jurutera sendiri supaya bangkit dan perlu menjadi pembela kepada isu ini.

  • Tingkatkan kesedaran dan menjalankan kajian Bersama terhadap akta Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138), keluarkan penulisan dan wujudkan sesi-sesi perbincangan dan perdebatan berkaitan dengan isu kebajikan kerjaya jurutera nih

  • Mengadakan Program bual bicara online secara berterusan about this issue dengan agensi-agensi kerajaan seperti BEM, MBOT, MOSTI etc - be open to discuss and solved this problem together and eliminate silo working culture & environment, we need to breakdown the barrier yang menghalang kepada usaha kita mencari penyelesain kepada masalah ini)

  • Isu Kebajikan & Gaji Jurutera Muda yang masih tidak terbela perlu dijadikan isu negara dan diangkat menjadi "NATIONAL PRESSURE" untuk mendapatkan perhatian daripada ahli politik, menteri dan Kerajaan Malaysia

  • Kita juga perlu ramaikan lagi pemain-pemain utama yang bercakap berkaitan dengan national isu ini supaya rakyat dan kerajaan akan faham kesan jangka panjang kepada negara sekiranya masalah Jurutera miskin ini tidak diselesaikan secara menyeluruh

  • Tapi kita jangan bercakap saja, perlu disusuli dengan program-program tindakan yang tersusun dan kemas sebab Jurutera akan memimpin badan-badan professional yang lain insyallah


Bahagian yang kedua adalah

  • Kolaborasi kepimpinan Jurutera senior dan muda untuk mengabungkan tenaga kepakaran yang setiap generasi ada

  • Generasi jurutera senior ada pengalaman, kepakaran dan connection yang perlu dibina bertahun-tahun, ada pengalaman pengurusan bertahun-tahun dalam kejuruteran pengurusan tertinggi dan peringkat korporate dan kementerian dan sebagainya.. ada jurutera yang dah jadi menteri

  • Generasi jurutera muda mempunyai tenaga dan kekuatan untuk membantu mengerakkan segala program yang kita rancang bersama-sama, dan ini adalah juga peluang terbaik untuk jurutera senior mengajar pengalaman dan kepakaran kita kepada jurutera muda terutama bahagian pengalaman pengurusan yang perlukan masa untuk dibina. Semua pengalaman dan kepakaran ini perlu digabungkan untuk menjayakan usaha mencari penyelesaian Bersama isu Jurutera muda miskin.

  • Jurutera senior perlu membantu jurutera muda supaya mereka tidak perlu melalui apa yang kita telah laluai, masalah gaji rendah jurutera muda ini perlu diselesaikan secara bersama-sama supaya kerjaya jurutera ini dapat diselamatkan dan menarik kembali minat generasi muda untuk menjadi jurutera

  • Kita juga perlu kenal pasti bakat kepimpinan muda yang mampu diberikan peluang untuk membentangkan idea-idea mereka

Bahagian yang ketiga adalah (ini hasil yang kita target untuk capai)

  • Ini adalah end in mind / sasaran akhir perjuangan kita untuk menyelesaikan isu dan cabaran Jurutera Muda miskin bekerja dan dibayar gaji di bawah paras garis kemiskinan, paras gaji permulaan yang masih static berpuluh tahun dalam sesetengah industry

  • Kita perlu bersama-sama terus memperjuangkan cadangan pembentukan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia atau satu Suruhanjaya Badan Profesional Negara yang diletakkan terus dibawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia

  • Kenapa kita nak mencadangkan perkara ini? Kerana kita ingin mewujudkan satu PUNCA KUASA BERSEPADU yang boleh mengabungkan kesemua kementerian dan stakeholder/pemegang taruh yang berkaitan dengan penyelesaian kepada isu jurutera muda miskin ini seperti BEM, MBOT, kementerian pendidikan tinggi, MOSTI dan juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan dengan badan-badan professional yang lain seperti

  • Kita perlu berusaha untuk menghapuskan cabaran “silo working environment” dalam menyelesaikan cabaran ini terutama dalam membuat keputusan mengunakan integrated big data analytics,

  • Cabaran jurutera miskin ini memerlukan keupayaan data driven decision making, tidak boleh melakukan sebarang keputusan tanpa berasaskan data analytics yang kukuh. Ini adalah urusan dan keputusan penting negara berkaitan dengan penetapan gaji minimum kepada jurutera muda yang akan memberi kesan langsung kepada pelabur-pelabur antarabangsa dan juga industri tempatan

  • Jurutera sahaja tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah ini secara bersendirian, kita perlu bekerjasama dengan badan-badan professional yang lain untuk mewujudkan usaha bersepadu diantara badan-badan professional negara.